Syarat-syarat – Sekolah menengah harian

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010 DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN
Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam
Bawah 2010 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:
1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.
2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KUMPULAN MATA PELAJARAN
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral VII Matematik / Matematik Tambahan VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil
XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

ATAU

(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN
MATA PELAJARAN
I Matematik / Matematik Tambahan
II Fizik
III Kimia
IV Biologi
.
V Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.

Syarat TERPERINCI dan syarat lain untuk sekolah agama, sila baca ini (fail PDF)

%d bloggers like this: