Pengiraan Nilai Wajaran

SUMBER ASAL : lamanweb KPM

PANDUAN PENGIRAAN NILAI WAJARAN (UNIT) BAGI PENENTUAN
SYARAT –SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
______________________________________________________________________
Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009, kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan sistem penggredan baru SPM mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan ini melibatkan penambahan gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut.
Gred Sedia Ada
Gred Baru
A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G
Jadual 1 : Perbezaan Gred Sedia Ada dan Gred Baru
Berdasarkan persetujuan yang telah dicapai dalam Mesyuarat Bagi Membincangkan Kesan Perubahan Penggredan SPM Kepada Proses Pengiraan Syarat Kemasukan Ke Program Matrikulasi, Tingkatan Enam Bawah dan Kursus Perguruan Lepasan SPM pada 3 Feb 2010, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil keputusan untuk menetapkan wajaran yang akan digunakan di dalam pemilihan murid ke Tingkatan Enam Bawah bagi Tahun 2010 disesuaikan dengan gred dalam SPM mulai Tahun 2009 tanpa melibatkan pengubahsuaian dalam Sistem Online Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam Bawah.
Jadual 2: Pemilihan murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 Menggunakan Nilai Mata Gred
Gred Sedia Ada
Gred Baru
Nilai Mata Gred
1A
A+ dan A
1
2A
A-
2
3B
B+
3
4B
B
4
5C
C+
5
6C
C
6
7D
D
7
8E
E
8
9G
G
9
%d bloggers like this: