Isu Sejarah #1

sumber asal : Utusan Online di sini

Kerajaan Melaka serah bukti sejarah

Mohd Ali Rustam melihat buku hasil tulisan Ir. Shaik Abdul Wahed Rahim, The Engineer pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Jun – Kerajaan negeri Melaka akan menyerahkan segala dokumen berkaitan penemuan tarikh baru sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk disahkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penyerahan dokumen yang mengandungi pelbagai bukti mengenai tarikh tersebut dijangka dapat dilakukan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menurut beliau, dokumen berkenaan telah diperakukan oleh pakar sejarah dan ahli akademik yang menjalankan kajian mengenai sejarah Melaka sejak awal tahun lalu.

”Pakar-pakar ini datang daripada ahli akademik di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

”Kumpulan penyelidik terbabit turut dianggotai pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim serta pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.

”Kita berharap pihak kementerian memperakui dokumen terbabit,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan buku berjudul The Engineer dan Slopes Made Simple karya Ir. Shaik Abdul Wahed Rahim di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan mengenai rumusan sekumpulan penyelidik mengenai sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka yang diasaskan pada 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada 1262 dan bukannya 1400 yang menjadi rujukan sebelum ini.

Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan pendapat oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

%d bloggers like this: