Isu Ekonomi #3

Sumber asal : Utusan Online , 13 Julai 2010 (di sini)

MAS labur RM320j dalam penyelesaian sumber manusia

Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz (tengah), Patrick Grubbs (kiri) dan Mohd Azhar Abd Jalil menunjukkan dokumen perjanjian antara MAS, HSL Axon dan SAP di Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA 12 Julai – Malaysian Airline System Bhd. (MAS) akan melabur lebih RM320 juta untuk penyelesaian perancangan sumber syarikat (ERP) bagi menyeragamkan operasi dan memaksimumkan kecekapan perniagaannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Datuk Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata, pelaburan itu melibatkan aktiviti penyatuan kewangan dan fungsi sumber manusia serta operasi kejuruteraan dan penyelengaraan (E&M) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Subang.

”Kami telah memilih HCL AXON dan SAP sebagai rakan kerjasama untuk membangunkan penyelesaian tersebut. Ia akan dijalankan dalam dua fasa bermula 2010 hingga 2012.

”Projek ERP itu akan mentransformasi proses perniagaan. Dengan memusatkan semua data dan kemampuan untuk mendapatkan maklumat serta merta boleh kecekapan kos, menambah baik proses membuat keputusan dan produktiviti kakitangan serta meningkatkan pengurusan tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis memeterai perjanjian dengan HSL AXON dan SAP di sini hari ini.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Kewangan MAS, Mohd Azhar Abdul Jalil, Presiden SAP Asia Tenggara, Krishnendu Datta dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Global Perjalanan dan Pengangkutan AXON Solutions Sdn. Bhd., Patrick Grubbs.

Tambah Tengku Azmil, manfaat penuh daripada projek ini dijangka melebihi RM120 juta setahun dalam bentuk perolehan dan penjimatan kos.

”Projek global itu melibatkan penggantian sistem lama dalam bahagian kewangan dan pemerolehan di semua pejabat MAS di seluruh dunia dan dijangka siap menjelang suku kedua 2011.

”Manakala bagi operasi E&M di KLIA dan Subang, MAS akan menggantikan sistem sedia ada dengan penyelesaian khusus industri SAP dan iMRO v4.0 yang akan menyediakan pilihan tambahan dan fleksibiliti.

”Sistem tersebut akan menguruskan semua fungsi MRO termasuk perancangan penyelenggaraan, operasi kejuruteraan, kawalan kualiti dan rantaian bekalan,” jelasnya.

Fasa ini akan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku ketiga 2012.

Tengku Azmil berkata, E&M dijangka menjadi penyumbang perolehan utama MAS, dengan kemudahan proses, kawalan inventori baik dan pelaksanaan sistem akan membantu meningkatkan kecekapan serta mampu menyumbang kepada keuntungan dan kerugian MAS.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perbincangan dengan pembuat pesawat Airbus SAS mengenai kelewatan penghantaran pesawat A380, beliau berkata, perbincangan masih lagi berjalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: